Selamat Datang

9:00 AM Posted by Pengguna Bijak

Selamat Datang ke Blog Kepenggunaan, Pengguna Bijak Malaysia. Tujuan blog ini dibangunkan adalah untuk menyemarakkan rasa kepenggunaan dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai pengguna utama sumber di negara ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya prihatin akan isu-isu kepenggunaan dan hak-hak berkaitan kepenggunaan agar kita sentiasa terkehadapan di era globalisasi ini. Sebagai langkah pertama dalam membangkitkan semangat pengguna, kita seharusnya mengetahui akan hak-hak pengguna yang utama di negara ini. Hak-hak tersebut ialah:

1. Hak untuk mendapat keperluan asas
2. Hak untuk mendapat keselamatan
3. Hak untuk mendapat maklumat
4. Hak untuk membuat pilihan
5. Hak untuk mendapat ganti rugi
6. Hak untuk menyuarakan pendapat
7. Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan
8. Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat.

Diharapkan pengenalan awal ini dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia dalam menangani isu kepenggunaan sekaligus memberikan informasi kepada anda semua. Sebarang isu,masalah, komen atau pendapat, bolehlah diajukan ke email malaysiansmartconsumers@gmail.com. Terima Kasih.

0 comments:

Post a Comment