Anda Bermasalah dalam Kepenggunaan?? Di mana harus diadukan??

7:36 PM Posted by Pengguna Bijak

Baik, kebanyakan masyarakat kita hari ini tidak terdedah dengan prosedur dan hak kepenggunaan jika terdapat masalah berkenaan isu kepenggunaan. Di negara kita, isu kepenggunaan dikawal oleh Akta Perlindungan Pengguna 1999 di mana semua pengguna diberi perlindungan jika terdapat penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak tertentu.

Masalah sebegini seharusnya tidak berlaku memandangkan kita mempunyai hak untuk menggunakan kuasa ini. Adakah jika terdapat penipuan di dalam harga barang, anda senyap saja? Jika terdapat barang jualan yang sudah luput tarikhnya, anda sekadar berpindah ke tempat lain dan sebagainya? oh, ini seharusnya dielakkan dan gunakanlah kuasa kita sepenuhnya. Jika di negara barat, rakyatnya menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada, maka marilah kita bermula dari sekarang!

Adukan masalah kepenggunaan anda di Aduan Kepenggunaan

Bagaimana hendak mengadu?

1. Relakskan diri anda
Sangat sukar untuk mengadu jika anda berada dalam kemarahan tetapi menjadi kunci jika kemarahan anda disalurkan ke tempat yang betul. Bertindaklah dengan sewajarnya dan bersopan dalam tutur kata anda. Melepaskan kemarahan anda menyebabkan orang lain ingin mempertahankan diri bukan ingin bekerjasama dengan anda!

2. Perkenalkan diri anda
Jangan memulakan aduan anda dengan memberitahu anda bekerja sebagai apa?- Saya adalah seorang peguam,Saya adalah doktor, Saya adalah pengutip sampah. Mulakan dengan siapakah anda? Nama saya Muhammad.Berikan nama dan nombor telefon anda agar semua orang di situ dapat membantu anda dan mengikuti perkembangan anda. Pengadu tanpa nama takkan sesekali dapt diselesaikan masalahnya kerana tiada hubungan antara pengguna-pengguna lain.

3. Tepat
Tunjukkan resit yang berlakunya transaksi,berikan maklumat yang tepat kepada orang lain, perincikan maklumat tarikh bila barangan dibeli, dimana anda membeli? Siapakah jurujualnya dan pelbagai lagi.

4. Terima Kasih
Akhirkan aduan anda dengan ucapan terima kasih. Jika masalah anda selesai dan anda berpuas hati, ucapkanlah terima kasih dan kakitangan perkhidmatan pelanggan amat menghargainya lebih daripada yang anda tahu!

Sekian untuk kali ini.

0 comments:

Post a Comment